"GESAAN DIWUJUDKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS POSTMORTEM BAGI MENYIASAT PERJALANAN PROSES PILIHANRAYA UMUM KE 13"
7 Jun 2013 / 28 Rejab 1434 H
Parti 
Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat 
sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang baru sahaja 
berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses 
yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia. 
Berbagai 
persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihanraya, termasuklah
 sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat
 dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang 
berkempen secara terbuka bagi pihak Barisan Nasional.
Parti 
Islam SeMalaysia (PAS) ingin membuat cadangan supaya diadakan satu post 
mortem yang menyeluruh terhadap semua aspek PRU13 ini. Hakikatnya ialah 
semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, 
termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa 
wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU 
sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. 
Pihak kerajaan sendiri juga telah membuat kenyataan supaya diletakkan 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, dan ini telah memberi 
gambaran bahawa kedudukan SPR sekarang belum bebas sepenuhnya. Tindakan 
untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti 
sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul.
Oleh 
itu PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatan 
Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas Postmortem PRU13 yang boleh 
menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, 
salah laku, kepincangan dari semua pihak. Hanya setelah 
kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh 
dapat dilakukan.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
 
 

 
Hadi Awang jangan cuba nak alihkan perhatian ahli PAS pasal post-mortem.Jawatankuasa Post-mortem PAS yang dipengerusikan oleh Sallahuddin Ayub jangan tertinggal mencatatkan kesalahan Presiden PAS yang mengeluarkan watikah calon untuk Ridwan Ismail dan keceluparan mulut Harun Din dan Harun Taib menyebabkan kekacauan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat.Hadi Awang jangan cuba nak kaburi minda ahli PAS sebab kesalahan sendiri pun banyak.PAS kehilangan Kedah dan kepuynan lagi diTrengganu.
BalasPadamundi psm ke baru-baru ni bro.... he3... kesian kat demo yer... ratib UG UG UG UG... skrg ni ratib KD KD KD KD.... masalah calon PKR kat perak dan sabah tak nampak... sign perjanjian disaksikan mat indon ok jer bang,,, bayangkan kalo PAS yg sign tu... mau gegak gempita alam... hehehe... takyah menyalak la bang... hodoh sgt bunyinya
Padamwatikah dapat sorang satu,dap di jelapang pkr di semenyih...semua x bleh pakai.
BalasPadamtetap ok khairy jamaludin,x gelojoh