SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan
harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd
(Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam
negara.
Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.
Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di
Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6
Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga
RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).
Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal
Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar
Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.
Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga
promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan
perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan
tersebut?
Harga Proton murah kerana perlu bersaing
Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih
murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi
salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan
pandangan beliau mengenai hal tersebut.
Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang
penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam
Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya
memberi keuntungan.
“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki
pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana
pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.
“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat
cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual
mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan
pembeli," katanya yang enggan dikenali.
Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah
Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan
kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan
syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang
dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.
Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung
Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak
boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh
keuntungan atau mengalami kerugian.
"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa
kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan
(walaupun murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.
“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di
sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif
atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai
jenamanya," katanya.
Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta
keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara
itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.
"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran
selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak
membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.
“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya
akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan
harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat
menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.
sumber di sini
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan4 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan