Cabang

Jumaat, 28 Mac 2014

Edisi Siasat : Simulator, Bangkai Pesawat dan Bomoh....


Solusi paling bangang yg dibuat oleh Kerajaan Malaysia mengenai 'rampasan' MH370 adalah cara siasatan simulator, bangkai pesawat dan bomoh. Walaupun hak mutlak terhadap ketiga-tiga elemen penting yg menjadi punca spekulasi adalah milik Malaysia tapi Kerajaan memberikan hak siasatan simulator dan bangkai pesawat kepada pihak asing.

Simulator diberikan kepada FBI dan bangkai pesawat diberikan kepada pakar-pakar Australia. Sedarkah Kerajaan Malaysia, dengan tindakan bangang mereka ini telah menjerut leher rakyat dan negara khususnya. Setelah memberi sepenuh kepercayaan kepada ejen-ejen asing ini menyiasat akan menyebabkan rakyat,negara dan dunia dipaksa menerima segala keputusan yg dibuat walaupun pahit.

Apa spekulasi keputusan yg akan dibuat nanti ? Hanya diketahui dan dipersetujui oleh kerajaan Malaysia dan ejen2 asing. Demi kuasa politik dan ekonomi serantau keputusan mestilah menguntungkan kedua-dua belah pihak. Mungkinkah juruterbang akan terus dikambinghitamkan(walaupun seantero dunia percaya dia adalah hero sebenar) siapa pun tak dapat menghalangnya,kena percaya bulat-bulat kerana dibuat oleh 'pihak yg berautoriti'.

Jika alasan kita tiada teknologi canggih menyebabkan kita serah segalanya kepada pihak asing adalah satu tindakan paling bangang dan bacul.

Bagi menunjukkan kerajaan Malaysia juga terkehadapan dalam menangani kes MH370, maka menteri agama pun berjanji di parlimen untuk menyiasat siapa dalang disebalik drama bomoh di KLIa. Yang pasti, keputusan siasatan bomoh ini nanti tidak dapat menemukan pesawat yang hilang malah akan menyebabkan Malaysia akan mendapat malu yang lebih besar....wallahualam.

sumber rujukan SIMULATOR , BANGKAI PESAWAT dan BOMOH




1 ulasan:

  1. Maruah negara sedang dipajak pd harga lelong. Buat keputusan secara sambil lewa, untuk berlepas tangan

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)